Saturday, 3 September 2011

Daging Arnab.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Kali ini kami akan mengetengahkan sedikit maklumat berkenaan khasiat daging arnab yang kami perolehi dari carian internet.


Daging arnab yang masih segar dari ladang.




Dari blog http://arnabcute.wordpress.com/2010/08/11/khasiat-daging-arnab/ menyatakan bahawa:

Melalui buku ; Penternakan Arnab (MARDI, 1995) 
Kandungan daging arnab; 
Tenaga=160kcal, 
Crude Protein=18%, 
Lemak=7.1%, Air=71%, 
Kolesterol=136mg/100gm, Vit, mineral & asid amino – Mohd Shuib

Anak-Anak Arnab Baka Lionhead Lop

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.

Berikut adalah gambar anak-anak arnab baka Lionhead Lop yang dilahirkan seminggu sebelum hari raya yang lepas, kini sudah berusia lebih kurang 2 minggu.

3 ekor anak arnab kami yang baru berusia 2 minggu

sungguh comel, walaupun seibu sebapa tapi mempunyai warna berlainan.


Arnab Baka Lionhead Lop

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.


Artikal ini adalah berkenaan arnab baka Lionhead Lop yang menjadi peliharaan kami semenjak tarikh 8 Ogos tahun 2010 yang lalu. Kini sudah genap 1 tahun 25 hari kami memelihara arnab ini dan sepanjang tempoh tersebut arnab kami telah melahirkan lebih 20 ekor anak.


Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan baka Lionhead Lop yang kami perolehi dari internet.


Latarbelakang:
Arnab baka Lionhead Lop adalah baka kacukan baru dari United Kingdom. Baka ini adalah hasil kacukan baka Lionhead dengan baka Holland Lop. 
Lionhead, lihat bulu halus di atas kepala di antara 2 telinga nya.


Holland Lop, telinga yang jatuh.
Lionhead adalah baka dominan yang boleh dikacuk dengan baka jenis lain untuk menghasilkan anak-anak Lionhead. Sifat ini sungguh unik dan hanya terdapat pada baka Lionhead sahaja. Hanya seekor Lionhead dewasa diperlukan untuk mendapatkan anak baka Lionhead. 


Terdapat pelbagai variasi kacukan Lionhead dan Lionhead Lop adalah antara yang terbaik. Ia sangat unik dan sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.