Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Artikal ini adalah berkenaan arnab baka Lionhead Lop yang menjadi peliharaan kami semenjak tarikh 8 Ogos tahun 2010 yang lalu. Kini sudah genap 1 tahun 25 hari kami memelihara arnab ini dan sepanjang tempoh tersebut arnab kami telah melahirkan lebih 20 ekor anak.
Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan baka Lionhead Lop yang kami perolehi dari internet.
Latarbelakang:
Arnab baka Lionhead Lop adalah baka kacukan baru dari United Kingdom. Baka ini adalah hasil kacukan baka Lionhead dengan baka Holland Lop.
Lionhead adalah baka dominan yang boleh dikacuk dengan baka jenis lain untuk menghasilkan anak-anak Lionhead. Sifat ini sungguh unik dan hanya terdapat pada baka Lionhead sahaja. Hanya seekor Lionhead dewasa diperlukan untuk mendapatkan anak baka Lionhead.
Terdapat pelbagai variasi kacukan Lionhead dan Lionhead Lop adalah antara yang terbaik. Ia sangat unik dan sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Ciri-ciri:
Antara ciri yang paling menonjol pada baka arnab Lionhead Lop ialah ia mempunyai bulu halus yang lebih panjang dari bulu di badan di sekitar pipi, leher dan atas kepala iaitu di antara dua telinga nya, menjdikan ia seolah-olah seumpama bulu di sekitar leher sang singa. Maka tidak hairanlah jika ia dinamakan Lionhead. Bulu-bulu tersebut akan muncul apabila ia berusia lebih kurang 4-5 bulan dan akan kekal hingga dewasa.
Telinga nya pula yang akan mula menjatuh apabila ia berusia 4-5 bulan juga dan ia seolah-olah menutupi mata nya, sebab ini lah ia dinamakan Lop. Keadaan telinga nya yang demikian rupa menjadikan ia kadang-kadang kelihatan seperti seekor anjing atau biri-biri yang kecil. Ciri ini menjadikan rupa arnab ini sungguh comel.
Bulu Lionhead Lop yang tidak terlalu lebat menjadikan ia lebih senang diuruskan. Anda hanya perlu menyikat bulunya semingu sekali untuk menjadikan ia cantik dan bergaya. Arnab ini menyukai perhatian dari manusia, boleh menerima latihan sekiranya dilatih secara berkala.
Sekian.
Artikal ini adalah berkenaan arnab baka Lionhead Lop yang menjadi peliharaan kami semenjak tarikh 8 Ogos tahun 2010 yang lalu. Kini sudah genap 1 tahun 25 hari kami memelihara arnab ini dan sepanjang tempoh tersebut arnab kami telah melahirkan lebih 20 ekor anak.
Berikut adalah sedikit maklumat berkenaan baka Lionhead Lop yang kami perolehi dari internet.
Latarbelakang:
Arnab baka Lionhead Lop adalah baka kacukan baru dari United Kingdom. Baka ini adalah hasil kacukan baka Lionhead dengan baka Holland Lop.
![]() |
Lionhead, lihat bulu halus di atas kepala di antara 2 telinga nya. |
![]() |
Holland Lop, telinga yang jatuh. |
Terdapat pelbagai variasi kacukan Lionhead dan Lionhead Lop adalah antara yang terbaik. Ia sangat unik dan sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Ciri-ciri:
![]() |
anak-anak Lionhead Lop |
Telinga nya pula yang akan mula menjatuh apabila ia berusia 4-5 bulan juga dan ia seolah-olah menutupi mata nya, sebab ini lah ia dinamakan Lop. Keadaan telinga nya yang demikian rupa menjadikan ia kadang-kadang kelihatan seperti seekor anjing atau biri-biri yang kecil. Ciri ini menjadikan rupa arnab ini sungguh comel.
Bulu Lionhead Lop yang tidak terlalu lebat menjadikan ia lebih senang diuruskan. Anda hanya perlu menyikat bulunya semingu sekali untuk menjadikan ia cantik dan bergaya. Arnab ini menyukai perhatian dari manusia, boleh menerima latihan sekiranya dilatih secara berkala.
Sekian.
No comments:
Post a Comment