Saturday, 3 September 2011

Daging Arnab.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Kali ini kami akan mengetengahkan sedikit maklumat berkenaan khasiat daging arnab yang kami perolehi dari carian internet.


Daging arnab yang masih segar dari ladang.




Dari blog http://arnabcute.wordpress.com/2010/08/11/khasiat-daging-arnab/ menyatakan bahawa:

Melalui buku ; Penternakan Arnab (MARDI, 1995) 
Kandungan daging arnab; 
Tenaga=160kcal, 
Crude Protein=18%, 
Lemak=7.1%, Air=71%, 
Kolesterol=136mg/100gm, Vit, mineral & asid amino – Mohd Shuib




Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi,kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah, mempunyai kandungan air  tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri.

Daging arnab dapat merawat & mengubati
- masalah pencernaan kerana ianya mudah hadam.
- penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
- penyakit demam malaria.
- penyakit asma
- masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
- retak batu pada kemaluan.
- dapat mengemaskan perut yang gendut.

Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan.




Dari blog ini pula http://rabbitku.webs.com/khasiatdagingarnab.htm, menyatakan:

Rendah Kolesterol
Daging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggiKandungan airnya juga lebih tinggi (67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakala kandungan natrium hanya 399mg/kg.

Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab? Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya insyaAllah..Belum cuba, belum tahu..Dah cuba baru tahu..majulah arnab untuk negara..

Rendah Lemak 
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit
.

Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.

Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
 
Daging Arnab
Segelintir masyarakat  di Malaysia menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah halal dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalahdaging yang sgt baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai byk manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik

Baik mari kita berkongsi ilmu tentang kebaikkan daging arnab.
Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dgn memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yg dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepukadar protein
 yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yg baik terhadap kesihatan manusia. 

Mengkut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yangtinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.




4 Khasiat Daging Arnab

Posted by oktant at Ahad, Januari 16, 2011 
Anda pernah makan daging arnab? Saya pernah rasa satay arnab. Masakan lain belum pernah lagi. Tetapi jika anda gemar memasak daging arnab, mesti dah banyak resepi yang dicipta ataupun dicuba, kan? Antara resepinya mungkin rendang arnab, daging arnab black pepper, sup kepala arnab dll. 



rendang daging arnab
Rendang daging arnab - bumi-desa.blogspot.com


Nampak sedap, kan? Selera yang tertutup pun boleh terbuka semula. Hehehe...

Di sebalik keenakan daging arnab, ia juga penuh dengan khasiat. Di sini saya akan kongsikan 4 khasiatnya. Iaitu pada bahagian kepala dan juga badannya.


1. Bahagian kepala arnab yang telah dimasak baik untuk mengubati demam malaria. Salah satu resepi yang boleh dicuba ialah memasak sup kepala arnab.


2. Manakala bahagian daging arnab pula perlu dibakar. Ini kerana daging arnab bakar berkhasiat untuk:

daging arnab mentah
Daging arnab mentah - bumi-desa.blogspot.com


Melawaskan kencing

~ Mengubati retak batu pada kemaluan

Mengatasikan perut yang buncit


Begitulah antara khasiatnya yang dapat saya kongsi dengan anda. Sekiranya anda atau sesiapa saja yang dikenali mengalami penyakit/masalah di atas, cubalah gunakan daging arnab sebagai usaha merawatnya.


Sekian, terima kasih kepada semua.

1 comment: